Waiting for you

Daisypath Wedding tickers
Selamat Datang dan selamat mencari ilmu di blog picisan hasil nukilan seorang gadis yang teruja menghitung hari-hari untuk bergelar seorang isteri~

Wednesday, December 19, 2012

Honeymoon Korea Bahagian 1 (Budget Travel)

Assalamualaikum w.b.t

Annyeong! 11 Disember 2012 yg lepas merupakan memori yang paling indah bagi Atin dan husband. Pengalaman pertama dapat menjejakkan kaki ke negara 4 musim iaitu KOREA! Memang sampai sekarang Atin still lagi rasa macam pergi ke sana dalam mimpi je sebab xsangka pada usia 25 thn ni, dapat jugak merasa naik kapal terbang, terbang ke negara kpop tu. Atin ni memang merupakan peminat lagu kpop dan juga drama-drama mereka. Hadiah yang bernilai, husband hadiahkan.. Alhamdulillah.. pengalaman yang tak dapat nak dibeli dengan wang ringgit. Sebelum ke sana, jangan lupa untuk tukar duit dulu ye. Kami tukar dekat bandar Kajang dengan rate 2.9.

Flight kami dari Kuala Lumpur ke Incheon pd pkul 12.40am.. ni first time Atin naik kapal terbang. perasaan gemuruh dan excited tu bercampur aduk. waktu yg paling kecut perut adalah semasa kapal terbang hendak berlepas dan waktu nak mendarat.. sebab pd waktu tu, kapal terbang akan memecut yang akan membuatkan jantung berdebar-debar.. tp bila dah sampai ke puncak awan, ia dah stabil dan baru rasa lega. memandangkan Atin sekarang sedang berbadan dua, jd Atin bawak brg2 seperti stokin pelancaran darah, bantal lembut untuk duduk serta bantal alas kat leher supaya keadaan Atin selesa. tau ajelah kan, seat dlm kapal terbang tu sempit dan kecik.. low cost la katakan. untuk pengetahuan, Atin ngan husband beli tiket ni masa awal tahun hari tu, ms tu Air Asia ada buat promotion. nak tau harga tiket yang Atin dapat masa tu? RM1400++ utk 2 org pegi balik. tambah beli seat dengan beli makanan, mau dekat 1700 mcm tu.. haaaa, murah tak? so, korang kalo nak pergi kan, grab la masa Air Asia buat promotion.. Atin ngan husband kesana sendiri aje tanpa tourist guide sebab kami nak cut cost..almaklumlah, budget travel kan. tp before tu, persediaan yang rapi amat perlu dilakukan.

Bulan Disember adalah musim sejuk kalo kat sana. atau kita panggil musim salji.. jadi kelengkapan untuk mengharungi musim salji ni perlulah disediakan sebelum sampai kat sana. sebab kan, turun je dri kapal terbang untuk ke airport Incheon, kami semua dah kena pakai baju sejuk a.k.a baju belon. kat dalam pulak, kena pakai baju long john atau thermal wear. jadi, kesemuanya 3 lapis pakaian terpaksa kami pakai waktu tu. ditambah dengan sarung tangan, stokin musim sejuk, mafla dan kalo husband atin kena pakai penutup kepala tu.. (xtau apa nm die) snow cap.. tu pon kami still lagi rasa sejuk yang teramat. rasa mcm duk dalam peti. masa hari 1 sampai, suhu adalah -9 degree.. bayangkan mcm mn rasa sejuknya.. mmg xtertahan. ok jom, ikuti perjalanan Atin dari Incheon airport ke bandar Seoul.

Kapal Terbang Air Asia yang kami naik
Lebih kurang pukul 9.30am (waktu korea) atau pkol 8.30 (waktu Malaysia), kami sampai di airport Incheon. Terus tukar baju dan bergerak ke bahagian Imigresen. Untuk pengetahuan, toilet kat sana tak ada air, jadinye terpaksa lah kami membawa air dalam botol kemana saje kami pergi untuk kegunaan di toilet. lama jugak kami dekat bahagian Imigresen sebab ade beberapa pelancong dari Indonesia yang mengalami masalah di bahagian Imigresen.

Suasana Incheon Aiport
 Apabila sudah selesai di bahagian kastam, kami terus bergerak ke bahagian bawah untuk ke shuttle train untuk ambik beg. Signboard ditampal merata-rata, jadi tak usah risau.. 

Sign yang memudahkan pelancong
Disebabkan lama sangat kami kat bahagian Imigresen, jadinye kami sudah terlambat untuk claim beg. pusing punya pusing tak jumpa beg. masa tu dah risau dah, takot beg hilang.. dahla insurance Air Asia xbeli.. lepas tu, kami pergilah bertanya di kaunter pertanyaan.. mulanya dorang xberapa paham dengan bahasa inggeris yang kami cakap.. kena ulang banyak kali, baru paham.. dengan bantuan staff airport, dapatla kami jumpa beg kami.. Alhamdulillah. Lepas dah dapat beg, kami pon bergegas untuk ke pintu keluar.. untuk dapatkan bas ke tempat penginapan kami. Bila dah jumpa pintu keluar, kami pon mencari papan tanda tempat bas yang kami perlu naik iaitu bas 6015 untuk ke perhentian Sejong Hotel. perhentian sejong hotel adalah perhentian terakhir untuk bas ni. harga tambang untuk 2 org adalah:
20,000won ( x 2.9 = RM58)
Kami memang super excited sebabnye sepanjang perjalanan, kami dapat tengok salji dengan mata kepala sendiri. kiri kanan ade salji. putih bersih kecuali salji yg kat tepi jalan dah hitam.. ditambah dengan tengok bandar Seoul buat pertama kali.. memang best.. memang seronok.. walaupun masa tu penat+ngantok, tp gagahkan jugak mata ni utk tengok pemandangan di Seoul.
Hembus siap kuar asap..hihi

Signboard bas 6015

Sistem bas di Korea ni memang sangat tepat waktunye. Bas akan tiba setiap 20minit di perhentian. Ianya memakan masa dalam 1 jam untuk ke Sejong Hotel. Tempat penginapan kami bukanlah di Sejong Hotel, tp dekat EO Residence. Ianya disekitar Myeongdong. Harga untuk semalam adalah:
65,000won ( x2.9=RM188.5)
Dari Sejong Hotel, kami terpaksa jalan kaki sehingga ke Myeongdong station, exit 5 dan lintas jalan apabila jumpa dengan pejalan kaki dan akan jumpa Prince Hotel. dari prince hotel, kami jalan lagi dalam 10 minit, baru sampai ke tempat penginapan kami. Tempatnya agak berbukit, penat jugakla nak berjalan. sebenarnye tak jauh pon, tp ditambah dengan bukit, jadi lama sikit berjalan. kalo ikot orang Korea jalan, 5 minit dah sampai..
Interframe kejap (Abaikan muka yang penat tu). kat belakang tu salji taw..
Inilah Residence EO
Alhamdulillah..sampai jugak kami ke tempat untuk kami berlindung.. sebelum keluar untuk berjalan sekitar Myeongdong dan pasar Namdaemun, kami berehat sebentar untuk menghilangkan penat.. Banyak lagi benda nak criter, excited sangat tapi kena simpan dulu.. penat dah nak menaip..hihi..dadada... Annyeong! Salam.

Semoga berjumpa di Bahagian 2 ok!!





Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Thursday, September 13, 2012

I`m Married... Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t

Tiada kata yang mampu diungkapkan melainkan rasa syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Illahi. Kehidupan sempurna dengan hadirnya seorang insan yang bergelar suami. Melalui hari-hari yang mendatang dengan adanya insan yang sangat istimewa disisi membuatkanku lebih bahagia. 

Buat suamiku,

Terima Kasih kerana sudi menjadikanku suri hidupmu,
Terima Kasih kerana menjadikanku layak berada disamping mu,
Bimbinglah aku menjadi hamba Allah yang bertakwa, anak yang solehah, isteri yang solehah, menantu yang solehah,
Usah biarkan aku lalai dengan dunia tanpa bimbinganmu,
Ku berdoa agar jodoh kita akan kekal hingga ke Syurga,
Aamiin...





Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Monday, July 23, 2012

1 Month 1 Week 1 Day

Assalamualaikum w.b.t

Hari ke-3 berpuasa.. Alhamdulillah masih gagah dan kuat lagi menahan lapar dan dahaga serta menahan nafsu.  Sementara menunggu waktu nak pegi beli makanan kat Bazar Ramadhan, Atin mengisi masa lapang dengan menaip sesuatu. 

Atin tertengok countdown dekat blog atin tu. cepatnya masa berlalu.. Sebulan lebeh lagi Majlis Atin akan berlangsung. Tibe-tibe perasaan gementar terasa. Bulan depan dah, waktu yg Atin tunggu. Takot, gelisah, tak sabar, gembira sumenye bercampur aduk. Ya Allah, Dikau permudahkan jalan bagi kami, dan Dikau panjangkan jodoh kami dan redhailah kami. 

Persiapan setakat ni Alhamdulillah.. Hampir 70% dah siap. Sume barang dah ade, cuma tinggal untuk siapkan bagi cantek. Dapatla Atin berpuasa dengan tenang.. Walaupun selalu sedih bila teringatkan Arwah ayah xdapat tengok Atin kawen, Atin tetap perlu teruskan.. Atin tahu Ayah pon happy bile Atin happy. Semoga Arwah ditempatkan ditempat org-org yang beriman. Aamiin.. 

Kepada bakal-bakal b2b yang kehilangan ibu atau bapa sebelum melangsungkan perkahwinan terutama kawan Atin (Adillah) yang bapanya telah kembali ke rahmatullah pd hari ini jam 2 pagi tadi sebulan sebelum dia melangsungkan perkahwinan, diharap kita semua tabah menghadapi dugaan dari Allah S.W.T.. Dia Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat.
Salam


Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Sunday, July 22, 2012

Jar sebagai Doorgift

Assalamualaikum w.b.t

Selamat menunaikan sembahyang subuh.. hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia lagi indah ni. Alhamdulillah masih lagi dapat bernafas untuk terus beribadat kepada Pencipta Allah s.w.t.. Hari ni atin nak bercerita pengalaman semalam, pencarian doorgift ke kedai bunga vivian, chow kit.

Many thanks to my friend (Nida) yang sanggup menemani atin meredah pasar utk mencari kedai permata dikalangan kesibukan pasar basah. Atin betol-betol tak sangka yang kedai bunga vivian ni berada di tengah-tengah pasar basah dan dia merupakan kedai bunga.. oh my gucci, sungguh aku xsangka ak sanggup meredah onak dan duri untuk membeli brg di kedai itu. kdai dia mmg agak tersorok dan jalan nak ke kedai tu berada disebelah balai polis. Alhamdulillah settle dah bahagian doorgift dan harganya berbaloi. 

Hasil tangkapan semalam:-

i)  Jar comel 2 bentuk - 0.90sen untuk 120 biji (RM108)
ii) Reben polka dot - 3 bekas (RM10)
iii) Reben + Bunga untuk hiasan - 0.25sen untuk 120 (RM30)
iv) Shredded paper - RM8 
Total = RM 156
Jar bersama reben polka dot!
So untuk sebijik doorgift atin dapat RM1.23.. hurm, xtaulah murah ke tak. tp yang pasti kurang dari apa yang atin bajet.. syukur..Apa yang atin simpulkan dari kedai Vivian ni, kedai depa harga murah dr tempat laen. iye.. murah dan boleh tawar menawar dan dorang tak lokek nak kurangkan harga tp berpada-padalah kan dalam nak tawar menawar..beli dalam kuantiti yang banyak juga merupakan advantage untuk beli brg2 kawen ni..hehe..Alhamdulillah dah settle.. dah xyah fikir dah. tnggu siap untuk hiaskan bagi comelss je.. hikhik.. >-<


Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Sunday, July 15, 2012

Tema Perkahwinan Bertukar!

Assalamualaikum w.b.t

Pd entry yg lepas [klik], atin ade bercerita tentang tema perkahwinan untuk majlis sebelah atin iaitu pink turqoise.. Setelah beria-ria atin berangan-angan untuk jadikan gabungan dua warna ini, malangnye setelah pegi fitting baju di Butik Fizanis awal bulan hari tu, atin terpaksa menukar warna tema disebabkan berlakunya pertukaran baju iaitu ke warna marron. Atin berkenan sangat dengan baju berkain songket warna turqoise tp malangnye, mak atin xberkenan dengan baju tu dan kaler tu.. testing punya testing, baju kaler maroon jgk yg mak berkenan, tunang pon berkenan, adik pon berkenan.. atin pon berkenan jgk.. hehe.. jadi, dengan secara automatisnye kaler tema turut bertukar kepada kaler maroon.. Atin mmg kena dgn kaler marron, apa-apa yg melibatkan kaler merah/ maroon mmg sesuai dgn Atin, atin pon xtau kenapa.. Hal mcm ni turut berlaku dgn beg hantaran, turut melibatkan kaler maroon, begitu jgk dgn laptop.. tehhee.. maka dgn itu, kaler merah/maroon telah menjadi kaler feveret atin mengalahkan kaler pink.. kihkih..

Dari gabungan kaler ini...

menjadi kaler ini...

dan seterusnya menjadi gabungan ini..=)


Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Saturday, July 14, 2012

Testing 1,2,3...=)

Assalamualaikum w.b.t 
Aishhh...penatnye atin duk meng-edit blog ni.. nak jadikan die marveles la.. dengan bantuan cik lissa yang terror giller bab2 coding2 ni.. sumenye jadi senang.. hehe.. bosan-bosan, nilah kejenye kan.. =)

Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Bunting!

Assalamualaikum w.b.t

Weeyuu.. Annyeong! 
Perasan tak sesuatu yang lain dengan blog atin yg indah permai ni? tehheee.... yea, header blog ni dah bertukar bentuk dan rupa.. Ini hasil titik peluh Atin selama 2 hari ni. Puas hati Atin bila dpt buat sendiri even xsecantik template yg sedia ada kt web. hehe.. Pagi ni atin nak kongsikan tentang Bunting perkahwinan Atin. Atin dah terima draft yang terakhir dan InsyaAllah akan proceed dengan printing esok.. Bunting ni Atin dapat free sbb beli kad dgn Syarikat Vision Greetings masa tengah ekspo perkahwinan hari tu.. Bunting yg Atin tempah ni xdelah gempaq sangat.. mmg simple je tp Atin ngan En.tunang sepakat dengan design serta gambar untuk bunting ni.. Jom Usha.. hehe..



Jemput rakan-rakan yg mengenali diri ini yang sudi hadir ke majlis perkahwinan kami. Semoga semuanya berjalan dgn lancar hendaknye dgn ketntuan Ilahi. amiiinn ya rabbal alamin..




Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Tuesday, July 10, 2012

HIV Test + Penyerahan borang nikah

Assalamualaikum w.b.t

Selamat sejahtera diucapkan untuk warga b2b dan ex b2b.. bagaimana dengan persiapan kamu menjelang hari bahagia xlama lagi? yang dah selesai majlis, legalah kan.. permulalah alam rumahtangga.. elok-elok jaga suami ok? Minggu lepas, Atin dah settlekan ujian HIV dan telah hantar borang nikah kat umah tok kadi@tok  imam. Banyak jgk dokumen2 yg kena setllekan before leh submit kt tok kadi.. utk pengetahuan, tok kadi @ tok imam kt kg Atin akan kumpulkan borang2 nikah dan dia yang akan submit ke pejabat agama daerah. 

Pengalaman berurusan di Klinik Kesihatan
Memandangkan klinik hanyalah sekangkang kera je dgn rumah atin, jadinye kami xdelah terburu-buru sangat untuk ke klinik ni dan prosedur klinik di kg berbeza dengan klinik di bandar kerana klinik di bandar lebih sibuk dan perlu untuk buat appointment dahulu sebelum nak pegi buat test. sampai sahaja diklinik dengan ditemani oleh mak, en.tunang dan adek, atin pon ke bahagian pendaftaran dan membayar seringgit dengan mengisi borang yang diberi oleh nurse. nurse tu kawan mak atin.hehe... jadi disini, atin ade 2 borang yg perlu diisi dan dicop oleh doktor @ pegawai perubatan. 1 borang drpd pejabat agama dan 1 borang drpd klinik. selepas itu, atin menunggu giliran untuk berjumpa dgn doktor. apabila berjumpa dgn doktor, mmg dia dah agak atin dtg utk buat pemeriksaan HIV dan dia suggest untuk buat ujian Thalasemia sekali. Pastu bermulalah sesi pengambilan darah, banyak jgk darah yg die ambek.. ish ish.. sakitla sikit mcm kena gigit semut.. Alhamdulillah sumenye normal cuma waktu atin ade sedikit demam (banyak sgt makan daging kambing).. Settle lah sudah bab HIV test. 

Pengalaman beurusan dengan tok kadi @ tok imam
Untuk pengetahuan korang, borang permohonan nikah bagi ngr Terengganu yg diambil drpd Pejabat Agama Daerah dgn bayaran seringgit adalah dalam tulisan jawi. Bayangkanlah, bila dah lama x membaca tulisan jawi, maka maksud yang disampaikan tu lambat dan ada lah atin salah tulis. huhuhu.. apalagi, bila tok kadi tengok je borang atin yg comot dengan tanda cancelnye, die kutuk atin..waaaaaa... dah lah nadanye siyes je.. rase mau menangis je.. rase mcm tgh jumpa cikgu disiplin.. tambah2, ic abg ipar sbagai saksi plak xade.. lglah kena dgn tok kadi..mak pulak duk kat dapur borak dgn isteri tok kadi, tinggal atin dgn en.tunang dgn tok kadi. bila dah terangkan elok-elok, tok kadi tu ok je.. atin je yg gelabah terlebih.. Alamdulillah, tok kadi @ tok imam sangat membantu dan xdelah terlalu strict sgt.. sekali je terus settle.. Harap2 xlah direject, nti haru plak jadinye..yelah, tinggal lagi sebulan 3 minggu lg.. tp laen tmpat laen caranya taw.. Lebih baek tanya org2 yg dah berpengalaman di tempat masing2 untuk lebih memudahkan kerja dan ingt jgn buat kerja last minit, sbb dokumen-dokumen nikah ni kena hntar seelok-eloknye 2-3 bulan sbelum nikah, tp sbulan sebelum pon boleh je..hehehe..yaay! da leh kawen..

Dokumen yang perlu disediakan

1. Bagi yang lelaki berlainan negeri, borang dr pengantin lelaki yg telah lengkap dengan kebenaran dr penolong pendaftar hendaklah dilampirkan sekali dan haruslah membuat salinan untuk disimpan.

2. Kad Pengenalan / IC (2 salinan)
- Pengantin perempuan
- Pengantin lelaki
- Wali
- 2 org saksi

3. Borang Pengesahan belum berkahwin ( Atin ambik  dr JKKK kampung)

4. Bagi yang kehilangan bapa, perlukan sijil mati asal dan salinan

5. Sijil kursus perkahwinan asal dan salinan

6. Borang HIV test yang telah disahkan oleh doktor

7. Sekeping gambar passport (pengantin perempuan & lelaki). Yg lelaki hendaklah memakai songkok dan perempuan bertudung dengan latar belakang biru.

Itu sajelah yang perlu disediakan.. Pastikan salinan dibuat dan disimpan.. Selamat maju jaya..hehe..=)

Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Saturday, July 7, 2012

Kad Kawen dah siap... Yahoo!!!!

Assalamualaikum w.b.t

Hello..Annyeong! penatnye kaki gue dek kerana berseminar hari ni di Sunway Hotel.. dan hari ni atin dapat berita baik.. Kad kawen dah siap.. yaayyyy! Alhamdulillah xde kesilapan pd kad tu.. xsabar nak pos kt kawan-kwan and wat RVSP.. padahal sebulan lebeh lagi nak kawen.. xpela, cpt2 sket..yelah, nak dkat raye nti takot posmen dahulukan kad raye plak. nti xterhantar plak kad kawen saye..hihihi... kesemua kad tu ade dengan en.tunang lg. Atin belom pon tgk empunya dirinye lg.. just dapat tengok gambo aje.. hihihihi... jemput datang sume ke majlis saye yg sederhana saje, almaklumlah pengantin bajet kan..hehehe..=)



Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Sunday, June 24, 2012

Kad Kahwin in progress!

Assalamualaikum w.b.t

Hai rakan-rakan b2b. skrg da nak masuk bulan 7, dah ramai rakan-rakan yang bertukar status dr cik sri ke puan sri ye. kami yg kawen lewat2 tahun terpaksalah menggigit kuku jari tengok gambar kawen korang yg meletops kebabom tu. Alhamdulillah sume majlis rakan-rakan berjalan lancar tp jgnlah lupa doakan kenduri kami pon berjalan dengan lancar ye?

Atin kan lame giller x update blog terchenta ni, disebabkan wireless kat kolej ni semput dalam masa dua minggu yg lepas. tp atin xupdate berminggu-minggu da kan... jadi alasan wireless tu adelah tidak boleh diguna pakai.. haha.. alasan utama nya adalah kebermaharajalan kesifatan kemalasan... adush,  yelah bila idea yang bernas tidak dapat dihasilkan, rasa cam sia-sia je update blog, jadinye tnggu jelah idea datang dlu. untuk kali ni, atin nak berkongsi tentang kad kawen atin. for your information, kad atin da hantar untuk printing, dalam pertengahan bulan 7 dijangka akan siap sepenuhnya..aaaaahhhhh, cant wait seriously.. im so excited waiting for our card. 

Atin tempah kad kawen ni masa atin pegi Karnival Perkahwinan di Jusco AU2 Setiawangsa. nama company yg atin tempah tu adalah Vision Greetings. die ade banyak cawangan di semenanjung Malaysia seperti di Sungai Buloh, Bangi, Pertama kompleks, Ampang, Kepong, Shah Alam dan Pudu. dengan pakej 0.70 sen skeping, kami dpt free 2 bunting. atin pilih kad kawen yang biase-biase saje, kena dengan bajet dan x melebih-lebih, yelah kami pon pengantin bajet dan tiada siapa yg hendak mensponsor perkahwinan kami, ajdi haruslah membajet. Atin harap perkhidmatan dr company ni baik dan berpuas hati dengan hasilnya. InsyaAllah.. 

Ni copy muka depannya..simple jekan..hehe.. tp ni hanyalah ilusi optik..wakaka...  simple punya kad aje atin wat, tp kami dua-dua mencapai persetujuan dengan kad ini.. yang penting isi dalam tu dan nama yg tertera..hehehe.

Pelbagai pilihan dalam kita menghasilkan kad kawen ni dan pelbagai vendor jugak yang menceburi bidang ni jadi apa yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan kad ni? tau bajet kita berapa dan jangan terlampau spend to much money kepada kad kerana tujuan kad itu adalah untuk mewar-warkan dan untuk menjemput tetamu ke majlis kita, bukanlah untuk dijadikan suatu platform untuk riak dan menunjuk-nunjuk. eh, atin letak gmbar kat atas tu bukan utk menunjuk-nunjuk ye, saje atin letak sebagai contoh...ececeh.. kita tunggu hasilnya mcm mana ye. lepas dah dapat kas, bolehla wat RSVP kt book utk jemput rakan-rakan semua. InsyaAllah semoga dipermudahkan jalan bagi Allah untuk kami mendirikan tumah tangga. Aaamiiin. =)

Pastikan sebelum proceed kepada printing, maklumat serta peta dalam kad itu di periksa dengan teliti supaya tiada kesalahan pada kad tu. Jangan bergantung kpd tunang utk pastikannya, kita sendiri kena teliti dengan maklumat utk kad kahwen kita. kalo boleh 2 bulan sebelum majlis, kad kawen sudah dalam proses ataupon sudah siap untuk mengelak kelam kabut.. Percayalah, bila dah dekat dengan majlis, perasaan cemas dan cuak akan berleluasa dalam diri.. jadi selesaikan yang boleh diselesaikan lebih awal, InsyaAllah persediaan menjelang hari bahagia akan lebih mudah... oklah, sampai disini dulu, Annyeong!

Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Wednesday, April 4, 2012

Giveaway by Shareyourlovewithcards

Assalamualaikum w.b.t and bismillahirrahmanirrahim..

Helllooo rakan-rakan b2b serta ex-b2b juge xdilupakan. Semalam atin ade membuat entry mengenai Guest book dari shareyourlovewithcards kan? kalo lupe boleh [klik sini].. tadi, atin usha lagi blog sedari Sazalina, eh. die wat contest la. tapi she wrote in english la. aci ke atin tulis dalam bahasa melayu ni ek? alah..aci jelah kan..Giveaway die watkan adalah Guestbook, suuuupppppperrr gojes i tell you..plus kenalah ngan tema wedding atin. im very honour to accept that giveaway.. kalaulah dapatkan, dunia ni ana yang empunya...lalala..


korang2, tengoklah Guestbook ni... cantek sangat...(pengsan).....canteknye... (pengsan lagi)...
awak, awak...boleh tak awk bg kat saya jer Guestbook ni..ngeeee~(muka tak malu kan..). so, nak dapat guestbook yg gojes ni kenalah, sertai giveaway ni and mengikut syarat2nye..

ok, atin copy paste syaratnye dari blog beliau hokey..korang jgn lupalah join jgk yea...


1. Anyone can join this giveaway.
2. "Follow" my blog
3. Just make a post about this giveaway at your blog /facebook /twitter.
4. Please leave the detail at the comment box:
- Your full name
- Your email address
- Your Posted Link
The deadline for this giveaway is on 30th of April 2012. Winners of this giveaway will be picked randomly. I will be making an announcement on first week of May 2012.

shareyourlovewithcards

so, ape lagi korang.. jom jom join same2..=)..ok, selamat mencuba kawan-kawan.

Annyeong

Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Tuesday, April 3, 2012

Guest Book

Assalamualaikum w.b.t

Halloooooo~ Malam ni atin nak berbicara tentang Guestbook ataupun buku untuk tetamu. Guestbook ini mendapat sambutan yang menggalakkan untuk perkahwinan era ini. betol kan? apakah kelebihan Guestbook ni sedari? Guestbook ni digunakan adapun bukanlah untuk untuk menunjuk ataupun untuk sebagai hiasan semata-mata. ianya digunakan adalah untuk memberikan ruang kepada tetamu utk memberi sepatah dua kata komen kepada pasangan mempelai. iyelah, waktu majlis, pengantin memang tak dapat nak beramah mesra dengan semua tetamu yg hadir, jadi Guestbook ni dapat memcatatkan memori tetamu yg berada di majlis tersebut dan pengantin pon dapatlah jadikan Guestbook ni sebagai memori di hari perkahwinan mereka. cewah, ayat nak macam artikel majalah kan..

eh, kenapa tetibe je, xde ribut xde salji atin ni duk bercakap pasal Guesbook plak. padahal persiapan yang lain yang lebih penting xsiap pon lg..kihkih..sebenarnya kan, atin berangan nak DIY Guestbook dan Guestbook corner di majlis atin ni. tapi atin terfikir banyak kali, umah atin kat kampung dan sah2 lah majlis kt kg kan. dan Guestbook bukanlah adat kami. jadi, atin risau Guestbook atin ni mendapat sambutan ke nanti? atau atin kena kritik semata-mata kerana Guestbook ni? haih.. korang rase mcm mane ek? hurmmmm... en.tunang ckp ok jer, nti kalo benda dah ade org mesti drop komen kt Guestbook tu...betol ke ni?

tadi, dalam membeli keperluan harian di Giant, atin ade lah terbeli board yang amat comel utk dijadikan diletakkan sebagai Guestbook signage.. dan atin akan DIY sikit2 bagi lg comelssss...wah gitu.. dan  Guestbook itu sendiri atin xde idea lagi. maybe akan DIY atau beli aje dgn org yg kreatif. geram tengok org2 yg amat kreatif. setiap sentuhan dorg ni menjadi je. kenapa sentuhan atin xde keajaiban ek..mmg xkreatif. sebab tulah, terfikir nak beli je. tup-tup tgh duk tanya mr.google, atin pon terjumpa satu blog yg tuan die sangatlah kreatif... 

shareyourlovewithcards
sneakpeek one of the guestbook

amacam, cantek kan? tu baru satu tau..huhu..tapi harganya atin xtau la brape. baru jer tengah tanya die. kalau within my budget, atin akan consider utk beli dr die. kalo tak, DIY aje. wat cantek2 walaupun atin tau xkan secantik mcm kat atas, tp at least sedapla mata memandang kan. dan yg penting, tetamu tertarik hati utk drop comments dalam buku tu..kan kan?

oklah, apa pendapat korang ek tentang guestbook ni? need ur opinion..sehingga berjumpa lagi..

Annyeong


Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Sunday, April 1, 2012

Inspirasi Bilik Tidur Pengantin

Assalamualaikum w.b.t

wah, hari ni dah masuk entry yg ke-2 dah. memang mood update blog makin membuak-buak. macam-macam idea berputar dalam kepala ni. tapi yang menarik perhatian atin untuk atin kongsikan adalah inspirasi untuk men-diy bilik pengantin. sebenarnya, bilik pengantin ada termasuk dalam pakej andaman. tapi bila atin pikir-pikir balik, menghias bilik pengantin taklah susah sangat. and bilik pengantin tu atin akan guna untuk tidur malam-malam bersama bakal suami kan, jadinya jika bilik pengantin tu dihias oleh butik, ianya akan bertahan untuk semalam je. so, xbestla kan. so, lebih baik atin hias sendiri ala kadar mengikut kekreatifan atin ni. jadi, bilik tu akan sentiasa jadi bilik pengantin. teheee~

oklah, semua gambar yg akan dijadikan penunjuk aras atin kidnap dr en.google. set bilik pengantin dah mak belikan..jadi tinggal nak hias aje ni. jom cuci mata sekarang..eoseoyo!!

Inspirasi 1 :
sumber
komen: Simple je hiasan bilik ni. atin rasa atin dapat buat macam ni..bantal yang comey tu kena beli dalam sebijik RM19 kot.. cadar putih tu akan ditukar ke kaler lain maybe. cadar pengantin tu mahal jugak. still dalam survey lagi. belum ketemu dgn yg betol2 berbaloi. pasu + Bunga akan diletak seperti dalam gambar tu dengan kain yg berjuraian yg bagi efek sebagai bilik pengantin.

Inspirasi 2:



sumber
komen: ketiga-tiga gambar diatas adalah dari sumber yang sama dan ianya sangat menginspirasikan atin.simple yet marveles. sedari blogger ini sangat kreatif dan bunga lilin ni sngattttttt cantik ok..=). sekarang jugak rase nak g beli brg and start diy untuk bilik..(ces, semangat xhengat). ini akan dijadikan panduan untuk atin. dan dalam blog beliau pon, beliau ada tunjuk cara mcm mana buat frame bunga tu dgn lilin bunga tu..

Inspirasi 3:
sumber xingat la dr mane.. dah lame save gmbr ni..
komen: yang ni sangat simple tp cantek dan senang untuk diy..(dlm fikiran mmg senang kan..) rasenye ni butik yang hiaskan sebab ade panel yang selalunya digunakan untuk hiasan pelamin. yg part langsir tu menarik perhatian atin. hehe..

maka, itulah inspirasi atin untuk diy bilik tidur. picca dah save dah. nti just wat rujukan bila tibanya hari utk menghias bilik pengantin..mood tak sabarnya~hhehe..oklah, sekian dulu..

Annyeong



Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Kasut Hantaran

Assalamualaikum w.b.t

Annyeong Haseyo chingu and all bride to be plus ex bride to be..eh, groom to be pon mau juge...
nak hupdate lagi pasal kasut hantaran. semalam atin berdating dengan mr.tunang dekat Alamanda, Putrajaya. untuk survey kasut hantaran plus nak tengok Awal ngan Scha. ada ke sape yg masuk contest couple yang serasi tu? hehe... kalo atin la kan, sampai bile2 pon atin xkan join contest mcm tu siap kena naek pentas lagi kan..atin ni pemalu yang over. 

weeee~ dan kasutnye pon udah selamat dibeli. first tu atin berkenan sangat kat nose. design die cam corak2 batik tp kaler die dull, and xmenyerlah. harga dah cantek da. pastu, kami pon terus mencari lagi. sume kedai kasut masuk tp sume xberkenan. last sekali, kami pon masuk kat kedai Carlo Rino. begnya cantek2..huhuhu..tp beg dah lame dah beli. skrg just hunting kasut jer.. tetibe atin terpandang 2 kasut yg same pattern tp lain kaler. mr.tunang suka kaler coklat, atin suke yang kaler marroon..then, cakap punye cakap atin pon pilih kaler yg mr.tunang suka. tp alangkah sedihnye size  6 tinggal hanya yg display je. so, terpaksalah beli yang second choice which is first choice bg atin..ngee~kaler maroon..dah selamat kasut tu dibeli..mood lepas beli kasut tu adalah bagaikan menikmati ais krim cornetto love..terawang-awang..kihkih..hyperbola sangat kan..Alhamdulillah, settle dah separuh dr untuk hantaran..

Teaser kasut.. melampau kan kasut pon nak teaser bagai..
tak surprisela kan nak tempek gambo kasut kat sini..tp bile tengok lame2,cam kasut mak2 pulak..adoi..xkesahla, janji atin tengok cantek aje..hehe..oklah, see you again..

Annyeong



Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Saturday, March 31, 2012

Booking Bridal

Assalamualaikum w.b.t

Fuh, lame sudah atin xmenjejakkan tangan di ruangan blog yang sungguh indah ini. Almaklumlah, atin super busy skrg, yelah dah masuk sem 4 dah. kena bekerja keras skrg ni. Terabai aje urusan kawen. tapi Alhamdulillah, survey punye survey, akhirnya Atin dah booking Bridal Package untuk sebelah pihak perempuan. lega sikit atin rase sebab pakej pelamin pun antara yang penting yg perlu dibook 6 bulan awal. naseb baek tarikh belom penuh lagi. yelah, atin xdelah tempah bridal yang high class kan. setakat yang mampu untuk setakat ini. oklah, jom kite usha bridal ni. bridal ni direkomenkan oleh ex-b2b. Damiela Hola yang sudahpun selamat mendirikan rumahtangga dengan jejaka idaman. =)

Nama Bridal yang atin tempah ni adalah FIZANIS BRIDAL daripada terengganu. meh usha sikit facebook die yea. Facebook Fizanis`s Bridal. Perkara pertama yang atin jatuh cinta dengan bridal ni adalah jurumekapnye adalah owner die sendiri dan atin sgt memilih dgn jurumekap. atin akan utamakan jurumekap perempuan sebab nya ialah, atin kan bertudung, jadi jika before makeup tu xdelah leceh sgt nak kena tutup2 kepala. dan anis ni makeup mmg cantek. atin suka cara die makeup. nampak cantek and smooth je make up die. then baju2 die up to date. sesuai dgn cita rasa atin. bab pelamin tu mane2 bridal same aje ideanya. brg2 yg digunakan pon lebih kurang sama saje. jadi, atin xberapa beratkan sangat kt pelamin tp papepun, pelamin tetap nak cantek jgk.hehehe..dan yg paling penting, harga yg ditawarkan sesuai dgn bajet atin dan mr.tunang pon setuju dgn harga tersebut.

takleh nak tempek gamba dari facebook die, tkot copyright plak kan.hehe..so, b2b dari terengganu yang masih pening kepala nak pilih bridal, boleh considerkan fizanis bridal ni..

My wedding theme. InshaAllah.. but second colour act, turqoise colour. 

Hopefully, majlis atin akan berjalan dengan lancar dengan izin Allah.. conting days.. another 5 months to go..cayok2!!!=_=.. b2b semua, happy ber-preparation and enjoy the moment..

p/s: bila jadi pengantin bajet, banyak benda yg perlu dipikirkan.. but not to forget, always smile=))

Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Friday, January 13, 2012

Pengalaman Pertama di Spa Kecantikan

Assalamualaikum w.b.t

Kalau sebut je peremuan, memang tak dapat nak pisahkan dari kecantikan. betol tak wahai kaum2 hawa sekelian? even dah cantek pon, still lagi tak puas hati dengan kecantikan yang ade. tu kalo dah cantek, kalo yg rase diri tak cantek tu lagi lah berganda-ganda keinginan nak jadi semulus, segebu Dato` Ct. (Kecantikanku kini bukan rahsia lagi, Simplysiti)..

Atin, please straight to the topic...tehee~

Atin sebenarnye nak berkongsilah sedikit pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke lantai Spa kecantikan. Seumur hidup Atin tak pernahla rasa akan ke spa kecantikan. maklumlah, treatmentnye beratus-ratus ringgit. Kalo ade spa yang tawarkan harga yang murah, berbaloilah dan daptlah menjenguk spa tu tiap-tiap bulan. kalo yang mahal tu, alamatnye kena masuk One in a million dlulah, baru dpt pegi. tupun kalo menang, kalo awal-awal dah kecundang, kirim salam lah gayenye..

Spa yang Atin pegi ni di sungai merab, area bangi. ikot jalan belakang nak ke Putrajaya. "Seputeh Kapas Spa" merupakan spa yang bagi Atin menawarkan harga yang berbaloi serta perkhidmatan yang boleh kire puas hatilah. tak boleh cakap tip top sebab spa ni bukanlah spa 5 bintang yang retis2 selalu kuar masuk tu..ni just spa biase utk org2 biase mcm Atin tp perkhidmatan yang dibagi mmg Atin puas hati. tak rugila duet yang Atin labur tu..

Atin ke spa tu ditemani oleh mr.kekanda. kesian die sbb kena tunggu atin 3 jam kat spa tu.. xsangka la smpai lame tu kan.. masuk spa ni, kalo nak buat rawatn body, mmg kena tahan malu la. huhu..nak tau Atin buat rawatn ape? jom Atin kasi penerangan sikit.

1) Sauna/mandi wap (15 minit)
Kebaikan:
- Membakar lemak dan menurunkan berat badan secara tradisional
- Memulihkan luka-luka dalaman selepas bersalin & menyegarkan tubuh badan
- Menggantikan aktiviti jogging atau bersenam
- Mengurangkan risiko serangan darah tinggi & kencing manis
- Membuang toksik badan melalui peluh
sumber: [klik sini]

2) Full Body Scrub

Di spa ni, boleh pilih sama ada scrub lemon atau susu. Atin pilih scrub lemon. Lemon berkesan untuk menghilangkan daki-daki pada kulit.
 Kebaikan:
- Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
- Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
- Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku dan celah    
  ketiak.
- Mengurangkan tekanan & keletihan.
- Mengekalkan tenaga.
- Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
- Memperbaiki tekstur kulit.
- Mengurangkan dehidrasi 
sumber : [klik sini]

3) Full Body Mask

Kebaikan:
- Menghalus, memutih, menegangkan kulit
- Amat elok dilakukan selepas proses skruc badan
- Menutup liangroma
- Memudarkan parut dan cela dibadan
- Merawat masalah badan

4) Minum Air Herba
- untuk melancarkan perjalanan darah

5) Crystal peeling
- Menanggalkan sel-sel kulit mati di muka
- Pengelupasan menggunakan garam mineral kristal 
- Membuang balackhead (tp xsemua dibuang)
- Menggalakkan penggantian sel-sel baru..

Inilah rawatan yang Atin ambek. Atin puas hati walaupun hasilnya tidak la menjadi semulus dan segebu Dato` Ct tapi kekusaman wajah Atin tu telah tiada. Untuk mendapatkan hasil yang marveles, haruslah jenguk selalu spa ni. 

Kenapa Atin semangat sangat ke spa bagai ni? sebabnye Atin nak nmpak cantik di Hari besar kami dan of coz untuk bakal suami..(ceceh..malu rase ckp mcm ni).. mesti korang rase mcm ni jgk kan? rase rendah diri jgk bila rasekan diri tak berapa menarik. so, tak salah la pegi spa sekali sekale utk memanjakan diri..

oh, lupa nak perkenalkan Spa yang Atin pegi.. Jenguk sini okey? [klik sini]

Sehingga Berjumpa lagi di next entry.. Bye!

Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Tuesday, January 10, 2012

Pencarian Emas

Assalamualaikum w.b.t

Bila dah selesai Majlis bertunang, bermulalah episod perjalanan persiapan untuk ke gerbang perkahwinan. bila fikir Majlis kahwin, bermacam-macam perkara bermain difikiran. bangun tido pikir, nak tido pikir, nak mandi pikir, tengah drive kerete pon pikir pasal kawen. yelah, semua benda perlukan duet kan. Disebabkan Atin ni masih belajar dan belum lagi bergaji tetap, maka sume benda kena pikir bajet. Alhamdulillah mr.kekanda begitu memahami keadaan Atin.

Mesti dah tau kan if letak je perkataan emas, apa yang kita boleh kaitkan dengan perkahwinan. Ya! tepat sekali. Salah satu hantaran yang digunakan semasa pembatalan air sembahyang. Tak kirelah, sama ada emas kuning atau emas putih, ianya diberikan kepada pihak perempuan sebagai hadiah kepada isteri yang baru dikahwini, namun ianya bukanlah benda yang wajib disediakan. (cam ayat majalah pulak).. Heboh sekarang mengatakan yang harga emas sedikit menurun berbanding beberapa bulan yang lalu sempena Tahun Baru Cina. Jadi, kami pon tidak mahu melepaskan peluang ini. 

Minggu lepas selepas memanjakan diri di SPA, atin dan mr.kekanda pon ke Putrajaya untuk membuat survey mengenai harga serta pattern emas yang Atin suka. Bermula dengan Habib Jewel, ke Tomei seterusnya ke kedai emas wan. Habib jewel merupakan nama yang cukup gah dlm bidang penjualan emas, dengan RM180 segram emas, tapi xade pattern yang Atin berkenan dari Habib Jewel. Seterusnya kami ke kedai emas Tomei. bila harga segram pon dah seratus lebeh, jadinye bajet untuk beli emas sekitar RMXX shj. agak terhad patern yg ade. tpi Atin berkenan 1 pattern dr Tomei dan bile dikire harga ditolak beberapa gram, harga yg ditawarkan menepati bajet kami, malah kurang lagi dr bajet kami dan yg paling penting bekas baldu yg kedai tomei bagi cantik dan lebih nampak ekslusif.suke suke..hehe

Sebenarnye kedai wan lebih murah berbanding dengan Tomei tapi kurangnye bekas baldu yg dibagi xbrape cantik and pattern nye pon xde yang Atin berkenan. yelah, bekas tu kan nak letak sebagai hantaran, so i will go for the beauty one.eventho the price is a bit higher...Emas yang kami beli dari Tomei lebih memuaskan hati kami. Alhamdulillah selesai sudah 1 perancangan..banyak lagi yg perlu diselesaikan. Nasib baek lambat lagi. kalo 2,3 bln lg nak kawen, mmg kelam kabutla nak kena settle sume. So, nasehat pada b2b, xape nak start prepare awal, 10 bulan awal ke 8 bulan awl ke. Biala org nak cakap kite excited sangat ke ape ke, yg penting kite dapat settlekan setiap perkara tanpa tergopoh gopoh. InsyaAllah perjalanan untuk kawen akan dibantu oleh Allah.. 

Itulah saje pengalaman Atin dalam mencari hantaran emas. Next entry Atin akan kongsikan "Pengalaman Pertama di Spa Kecantikan".. Jumpa lagi..=)

Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Monday, January 9, 2012

Rahsia Majlis Pertunangan Atin

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang telah Atin bagitau pada first entry semalam, Atin nak teruskanlah dengan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman Atin, suka duka kami dalam menguruskan urusan pertunangan kami dan berkongsi tentang kos yg telah kami laburkan untuk menjayakan Majlis Pertunangan kami yg berlangsung pada 10/12/11 yang lepas.

Perkara yang pertama kami selesaikan adalah pemilihan baju serta warna tema untuk majlis kami. Sebenarnye, bagi Atin yang mmg penggemar pink kaler ni, of cosla Atin teringin sgt nak jadikan Pink sebagai warna rasmi untuk majlis tersebut. tetapi, memandangkan Atin ni mempunyai kulit yang agak sawo matang(xmengaku kulit gelap), jadi terpaksalah memilih kaler yang sesuai dgn kulit Atin. Jika tidak, pada majlis tu, Atin akan kelihatan malap dan tidak berseri. Selepas bersetuju dengan warna tema, kami pun mulalah penjelajahan ke Jakel Shah Alam untuk membeli kain untuk dijadikan baju. Warna silver mejadi pilihan kami.
Pada waktu tu, Jakel mengadakan sale dan kami membeli pakej yg berharga RM380 if xsilap. tetapi, mr.kekanda nak kaen yg lebih mahal drpd kain yg ade dalam pakej tersebut. Selepas proses tawar menawar berlaku, maka kami mendapat harga RM400 untuk kain baju melayu dan kain satin serta kain lace seperti yang Atin pakai dalam gambar diatas. memang agak mahal bagi Atin tetapi tu antara yang termurah dekat Jakel. Selepas tu, Atin tempah baju ni dekat mak cik sedara Atin dekat Terengganu yg memang tukang jahit. kedai die di Stesen bas terengganu. upah baju RM80. Kalau tempah kat butik, harga mmg akan lebih seratus. Baju yg Atin pakai ni, jubah moden. ade 2 lapis. Mak cik2 pon ade puji baju atin cantik, dan Atin pon berpuas hati even ade butang yg sepatutnya ade bahagian depan, mak cik tak letak. (maybe xberapa sesuai jika diletakkan butang). 
Baju utk mr.kekanda plak, baju kemeja berharga RM50 yang kami beli di Reject Shop.

Tips: If ade yg nak bajet untuk tunang, lebih baik baju tunang sewa dari butik je sbb bile kite tempah baju sendiri, akan upkan bajet kite. Seeloknye, sewa saje utk tunang, tp utk nikah elok kite tempah sendiri sebab ade sentimental value pd baju nikah tu.

Selesai bahagian baju, kami settlekan pula part hantaran. 5 berbalas 7 tetapi pada majlis, menjadi 7 berbalas 7 bukti kemurahan hati sedara mara mr.kekanda untuk mensponsor beliau (hehe). Hiasan hantaran seperti bakul, bunga2 kami beli di Nilai 3 dengan belah Atin kos dalam RM96 dan belah mr.kekanda RM80 jgk. Hantaran sume kami gubah sendiri. Sireh je Atin tempah butik, die just ambik RM10 utk gubah sireh. Belah mr.kekanda, sumenye gubah sendiri.

Tips: Boleh save bajet kalo hantaran kite buat sendiri tanpa tempah dari butik which can cost you double. tp kalau bajet lebih utk hantaran, cantik lagi kite tempah butik utk siapkan.
Hantaran Atin
Hantaran Mr.kekanda
Dan yang paling mengujakan Atin adalah Pelamin dan makeup utk hari pertunangan. Dalam banyak-banyak butik yang Atin survey, Butik Meliya Idayu mendapat kepercayaan Atin. Harga murah ditambah dengan hasil yang sgt cantik menguatkan lagi yang Butik ni sgt memuaskan hati Atin. 
Meliya Edayu D'Bridal [klik sini].
Makeup oleh Yaya Butik
Rupa Atin Berada di atas pelamin


Total untuk pelamin, makeup,aksesori, par, alas par dan gubahan sireh = RM460

Last part untuk hantaran plak. kami spend tiap-tiap bulan untuk beli hantaran bukan sekaligusla. almaklumlah, bajet pon xla banyak sgt, jadi kena berjimat cermat jugak.
Hantaran Atin utk kekanda:
- Kek Blueberry
- Kain Nikah + Samping
- Sireh
- Sejadah
- Ferreo Rocher
- Baju Kemeja
- Buah-Buahan
TOTAL = RM290
Hantaran Kekanda utk Atin:
- Kek Coklat
- Kek Sarawak
- Cupcakes
- Sireh
- Kain Nikah
- Buah-Buahan
- Cincin Risik + Tunang
TOTAL = RM1225

Kenduri Atin disponsor oleh Mak dan adik bradik. Atin mmg xde langsung sentuh pasal kenduri sebab bajet dah xde, sume mak yang uruskan. Mekaseh mak. Penginapan, minyak dan tol tidak termasuk dalam list ni sebab Atin xtau berapa yg rombongan mr.kekanda telah laburkan..

Grand Total belah Atin : RM1626 ( Atin anggarkan duet kenduri RM500)
Grand Total Belah Kekanda : RM1975 (Atin anggarkan duet penginapan, minyak, dan tol RM500)

Fuh, banyak jugak tu untuk Majlis pertunangan sahaja tapi kos ni antara yang murah la kan. Cuba bayangkan untuk Majlis perkahwinan nanti. arhhh..mau muntah darah Atin mcm ni. duet, duet..dimanalah kau duet..*pengsan*

Aduh, panjang plak entry nih.. xla rahsia sangat..hehe..berjumpa lagi..Bye!

Next entry "Pencarian Emas"
Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Sunday, January 8, 2012

Permulaan Blog Baru

Assalamualaikum w.b.t

Akhirnya, berjaya juga Atin menghasilkan blog sempena hari bersejarah kami pada bulan Ogos 2012, InsyaAllah jika dipanjangkan jodoh,umur dan dimurahkan rezeki. Lahirnya blog yang dinamakan "Lamaran Cintaku", adalah untuk mencatat segala persiapan kami menjelang hari bahagia kami dan sedikit sebanyak, diharap dapat membantu bride-to-be yang lain.

Blog ni jugak adalah khas untuk persiapan perkahwinan sahaja. tidak akan dicampur dengan urusan harian. eh, sebenarnya Atin ade blog yang menceritakan semua benda yang ade kaitan or xde kaitan ngan Atin. "Coretan Kisah Hidupku". Do visit me there also ya~hehe..

Oklah, see you next entry..Atin nak cerita tentang "Rahsia Majlis Pertunangan Atin"


Jadi, tunggguuuu.....Bye!


Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright by Lamaran Cintaku Atin