Waiting for you

Daisypath Wedding tickers
Selamat Datang dan selamat mencari ilmu di blog picisan hasil nukilan seorang gadis yang teruja menghitung hari-hari untuk bergelar seorang isteri~

Wednesday, December 19, 2012

Honeymoon Korea Bahagian 1 (Budget Travel)

Assalamualaikum w.b.t

Annyeong! 11 Disember 2012 yg lepas merupakan memori yang paling indah bagi Atin dan husband. Pengalaman pertama dapat menjejakkan kaki ke negara 4 musim iaitu KOREA! Memang sampai sekarang Atin still lagi rasa macam pergi ke sana dalam mimpi je sebab xsangka pada usia 25 thn ni, dapat jugak merasa naik kapal terbang, terbang ke negara kpop tu. Atin ni memang merupakan peminat lagu kpop dan juga drama-drama mereka. Hadiah yang bernilai, husband hadiahkan.. Alhamdulillah.. pengalaman yang tak dapat nak dibeli dengan wang ringgit. Sebelum ke sana, jangan lupa untuk tukar duit dulu ye. Kami tukar dekat bandar Kajang dengan rate 2.9.

Flight kami dari Kuala Lumpur ke Incheon pd pkul 12.40am.. ni first time Atin naik kapal terbang. perasaan gemuruh dan excited tu bercampur aduk. waktu yg paling kecut perut adalah semasa kapal terbang hendak berlepas dan waktu nak mendarat.. sebab pd waktu tu, kapal terbang akan memecut yang akan membuatkan jantung berdebar-debar.. tp bila dah sampai ke puncak awan, ia dah stabil dan baru rasa lega. memandangkan Atin sekarang sedang berbadan dua, jd Atin bawak brg2 seperti stokin pelancaran darah, bantal lembut untuk duduk serta bantal alas kat leher supaya keadaan Atin selesa. tau ajelah kan, seat dlm kapal terbang tu sempit dan kecik.. low cost la katakan. untuk pengetahuan, Atin ngan husband beli tiket ni masa awal tahun hari tu, ms tu Air Asia ada buat promotion. nak tau harga tiket yang Atin dapat masa tu? RM1400++ utk 2 org pegi balik. tambah beli seat dengan beli makanan, mau dekat 1700 mcm tu.. haaaa, murah tak? so, korang kalo nak pergi kan, grab la masa Air Asia buat promotion.. Atin ngan husband kesana sendiri aje tanpa tourist guide sebab kami nak cut cost..almaklumlah, budget travel kan. tp before tu, persediaan yang rapi amat perlu dilakukan.

Bulan Disember adalah musim sejuk kalo kat sana. atau kita panggil musim salji.. jadi kelengkapan untuk mengharungi musim salji ni perlulah disediakan sebelum sampai kat sana. sebab kan, turun je dri kapal terbang untuk ke airport Incheon, kami semua dah kena pakai baju sejuk a.k.a baju belon. kat dalam pulak, kena pakai baju long john atau thermal wear. jadi, kesemuanya 3 lapis pakaian terpaksa kami pakai waktu tu. ditambah dengan sarung tangan, stokin musim sejuk, mafla dan kalo husband atin kena pakai penutup kepala tu.. (xtau apa nm die) snow cap.. tu pon kami still lagi rasa sejuk yang teramat. rasa mcm duk dalam peti. masa hari 1 sampai, suhu adalah -9 degree.. bayangkan mcm mn rasa sejuknya.. mmg xtertahan. ok jom, ikuti perjalanan Atin dari Incheon airport ke bandar Seoul.

Kapal Terbang Air Asia yang kami naik
Lebih kurang pukul 9.30am (waktu korea) atau pkol 8.30 (waktu Malaysia), kami sampai di airport Incheon. Terus tukar baju dan bergerak ke bahagian Imigresen. Untuk pengetahuan, toilet kat sana tak ada air, jadinye terpaksa lah kami membawa air dalam botol kemana saje kami pergi untuk kegunaan di toilet. lama jugak kami dekat bahagian Imigresen sebab ade beberapa pelancong dari Indonesia yang mengalami masalah di bahagian Imigresen.

Suasana Incheon Aiport
 Apabila sudah selesai di bahagian kastam, kami terus bergerak ke bahagian bawah untuk ke shuttle train untuk ambik beg. Signboard ditampal merata-rata, jadi tak usah risau.. 

Sign yang memudahkan pelancong
Disebabkan lama sangat kami kat bahagian Imigresen, jadinye kami sudah terlambat untuk claim beg. pusing punya pusing tak jumpa beg. masa tu dah risau dah, takot beg hilang.. dahla insurance Air Asia xbeli.. lepas tu, kami pergilah bertanya di kaunter pertanyaan.. mulanya dorang xberapa paham dengan bahasa inggeris yang kami cakap.. kena ulang banyak kali, baru paham.. dengan bantuan staff airport, dapatla kami jumpa beg kami.. Alhamdulillah. Lepas dah dapat beg, kami pon bergegas untuk ke pintu keluar.. untuk dapatkan bas ke tempat penginapan kami. Bila dah jumpa pintu keluar, kami pon mencari papan tanda tempat bas yang kami perlu naik iaitu bas 6015 untuk ke perhentian Sejong Hotel. perhentian sejong hotel adalah perhentian terakhir untuk bas ni. harga tambang untuk 2 org adalah:
20,000won ( x 2.9 = RM58)
Kami memang super excited sebabnye sepanjang perjalanan, kami dapat tengok salji dengan mata kepala sendiri. kiri kanan ade salji. putih bersih kecuali salji yg kat tepi jalan dah hitam.. ditambah dengan tengok bandar Seoul buat pertama kali.. memang best.. memang seronok.. walaupun masa tu penat+ngantok, tp gagahkan jugak mata ni utk tengok pemandangan di Seoul.
Hembus siap kuar asap..hihi

Signboard bas 6015

Sistem bas di Korea ni memang sangat tepat waktunye. Bas akan tiba setiap 20minit di perhentian. Ianya memakan masa dalam 1 jam untuk ke Sejong Hotel. Tempat penginapan kami bukanlah di Sejong Hotel, tp dekat EO Residence. Ianya disekitar Myeongdong. Harga untuk semalam adalah:
65,000won ( x2.9=RM188.5)
Dari Sejong Hotel, kami terpaksa jalan kaki sehingga ke Myeongdong station, exit 5 dan lintas jalan apabila jumpa dengan pejalan kaki dan akan jumpa Prince Hotel. dari prince hotel, kami jalan lagi dalam 10 minit, baru sampai ke tempat penginapan kami. Tempatnya agak berbukit, penat jugakla nak berjalan. sebenarnye tak jauh pon, tp ditambah dengan bukit, jadi lama sikit berjalan. kalo ikot orang Korea jalan, 5 minit dah sampai..
Interframe kejap (Abaikan muka yang penat tu). kat belakang tu salji taw..
Inilah Residence EO
Alhamdulillah..sampai jugak kami ke tempat untuk kami berlindung.. sebelum keluar untuk berjalan sekitar Myeongdong dan pasar Namdaemun, kami berehat sebentar untuk menghilangkan penat.. Banyak lagi benda nak criter, excited sangat tapi kena simpan dulu.. penat dah nak menaip..hihi..dadada... Annyeong! Salam.

Semoga berjumpa di Bahagian 2 ok!!





Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright by Lamaran Cintaku Atin