Waiting for you

Daisypath Wedding tickers
Selamat Datang dan selamat mencari ilmu di blog picisan hasil nukilan seorang gadis yang teruja menghitung hari-hari untuk bergelar seorang isteri~

Vendor

MAJLIS BERTANDANG

Katering : D`HaSs Caterer


Facebook : [Klik Sini]
-Menyediakan hidangan untuk percubaan dan hidangan juga sedap serta menyelerakan. 
- Boleh berunding mengenai harga mengikut bajet pelanggan
- Kami mendapat hadiah misteri iaitu foto galeri kerana menempah Pakej drpd mereka
- Setiap pakej dilengkapkan dengan kelengkapan kanopi, hiasan meja pengantin, pelayan beruniform, sarung kerusi & riben utk VIP serta meja dan kerusi.
- Harga yang disediakan antara yang paling murah dan  makanan antara yang memuaskan

Pakej B : RM9.80  (1000 pax)

Kad Kahwin + Bunting : Vision Greetings Sdn Bhd

Website: [klik sini]
- Harga yang berpatutan
- Mempunyai banyak pilihan serta banyak cawangan
- Apa yang menarik perhatian, bahagian peta yang direka dengan jelas dan kemas
- 2 Design yang same tetapi berlainan warna juga boleh dilakukan

Pakej 0.70 sen sekeping (1000pcs) dengan 2 free bunting

Bridal Belah Perempuan: Fizanis Bridal

Facebook: [klik sini]
- Harga pakej yang berpatutan
- bertempat di Kuala Terengganu, di sekitar manir
- Design baju yang up to date dan makeup yang memuaskan
- Owner kedai pon ramah dan mudah berurusan

Pakej yang diambil (RM1500)
- Sepasang baju lelaki & perempuan
- 1x make up
- Pelamin
-Hiasan meja beradap
- Aksesori wanita & lelaki
- Payung, alas dulang, dulang & alas nikah
- cas pengangkutan

Bridal Belah Lelaki: June Bridal

No photo available

Facebook: [klik sini]
- Bertempat di Shah Alam
- Harga yang berpatutan bagi tempat yang diadakan di dewan
- Pelbagai pilihan baju yang cantik dan up to date
-Pelamin yang cantik
- Mempunyai perkhidmatan untuk menempah baju yang baru ( ada tukang jahit sendiri)

Pakej yang diambil (RM3500)
-Sepasang baju lelaki & Perempuan
- 1x makeup
-Pelamin 3 panel
-Aksesori wanita & lelaki
Free: Studio Photoshoot

Photographer Belah Perempuan: Mohd Azam Photography

Facebook : [klik sini]
- Freelance photography.. maksudnya dia xda company.. bekerja sendiri
- cover sekitar pantai timur, johor pon boleh, sbb dia org johor, wife org terengganu
- sangat senang bekerja dengan mereka, sbb dia sgt mengikut cita rasa pelanggan 
- Gambar pon cantik

Pakej yang diambil (RM1700)
- Cover Majlis Nikah & Sanding (2hari berlainan)
- Ada Outdoor Session
- 1 medium Custom Album
-FREE Gambar dan frame gambar

Photographer Belah Lelaki : The Kliker

Facebook :[klik sini]
- Top jgk group dorang ni semenjak dorg shoot for Irma Hasmie
- Gambar yang diambil memang tangkap cintan & superb
- Photogrpaher yang easy going, jd kita xkekok nak berposing.. 
- Boleh suggest pose mcm mn yg kita teringin sangat nak ambek

Pakej  yang diambil (RM1400)
- Cover Majlis Bertandang di Dewan Kajang
- Ada Outdoor Shoot after Majlis
- I custom Album




Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright by Lamaran Cintaku Atin