Waiting for you

Daisypath Wedding tickers
Selamat Datang dan selamat mencari ilmu di blog picisan hasil nukilan seorang gadis yang teruja menghitung hari-hari untuk bergelar seorang isteri~

Tuesday, January 10, 2012

Pencarian Emas

Assalamualaikum w.b.t

Bila dah selesai Majlis bertunang, bermulalah episod perjalanan persiapan untuk ke gerbang perkahwinan. bila fikir Majlis kahwin, bermacam-macam perkara bermain difikiran. bangun tido pikir, nak tido pikir, nak mandi pikir, tengah drive kerete pon pikir pasal kawen. yelah, semua benda perlukan duet kan. Disebabkan Atin ni masih belajar dan belum lagi bergaji tetap, maka sume benda kena pikir bajet. Alhamdulillah mr.kekanda begitu memahami keadaan Atin.

Mesti dah tau kan if letak je perkataan emas, apa yang kita boleh kaitkan dengan perkahwinan. Ya! tepat sekali. Salah satu hantaran yang digunakan semasa pembatalan air sembahyang. Tak kirelah, sama ada emas kuning atau emas putih, ianya diberikan kepada pihak perempuan sebagai hadiah kepada isteri yang baru dikahwini, namun ianya bukanlah benda yang wajib disediakan. (cam ayat majalah pulak).. Heboh sekarang mengatakan yang harga emas sedikit menurun berbanding beberapa bulan yang lalu sempena Tahun Baru Cina. Jadi, kami pon tidak mahu melepaskan peluang ini. 

Minggu lepas selepas memanjakan diri di SPA, atin dan mr.kekanda pon ke Putrajaya untuk membuat survey mengenai harga serta pattern emas yang Atin suka. Bermula dengan Habib Jewel, ke Tomei seterusnya ke kedai emas wan. Habib jewel merupakan nama yang cukup gah dlm bidang penjualan emas, dengan RM180 segram emas, tapi xade pattern yang Atin berkenan dari Habib Jewel. Seterusnya kami ke kedai emas Tomei. bila harga segram pon dah seratus lebeh, jadinye bajet untuk beli emas sekitar RMXX shj. agak terhad patern yg ade. tpi Atin berkenan 1 pattern dr Tomei dan bile dikire harga ditolak beberapa gram, harga yg ditawarkan menepati bajet kami, malah kurang lagi dr bajet kami dan yg paling penting bekas baldu yg kedai tomei bagi cantik dan lebih nampak ekslusif.suke suke..hehe

Sebenarnye kedai wan lebih murah berbanding dengan Tomei tapi kurangnye bekas baldu yg dibagi xbrape cantik and pattern nye pon xde yang Atin berkenan. yelah, bekas tu kan nak letak sebagai hantaran, so i will go for the beauty one.eventho the price is a bit higher...Emas yang kami beli dari Tomei lebih memuaskan hati kami. Alhamdulillah selesai sudah 1 perancangan..banyak lagi yg perlu diselesaikan. Nasib baek lambat lagi. kalo 2,3 bln lg nak kawen, mmg kelam kabutla nak kena settle sume. So, nasehat pada b2b, xape nak start prepare awal, 10 bulan awal ke 8 bulan awl ke. Biala org nak cakap kite excited sangat ke ape ke, yg penting kite dapat settlekan setiap perkara tanpa tergopoh gopoh. InsyaAllah perjalanan untuk kawen akan dibantu oleh Allah.. 

Itulah saje pengalaman Atin dalam mencari hantaran emas. Next entry Atin akan kongsikan "Pengalaman Pertama di Spa Kecantikan".. Jumpa lagi..=)

Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright by Lamaran Cintaku Atin