Waiting for you

Daisypath Wedding tickers
Selamat Datang dan selamat mencari ilmu di blog picisan hasil nukilan seorang gadis yang teruja menghitung hari-hari untuk bergelar seorang isteri~

Monday, July 23, 2012

1 Month 1 Week 1 Day

Assalamualaikum w.b.t

Hari ke-3 berpuasa.. Alhamdulillah masih gagah dan kuat lagi menahan lapar dan dahaga serta menahan nafsu.  Sementara menunggu waktu nak pegi beli makanan kat Bazar Ramadhan, Atin mengisi masa lapang dengan menaip sesuatu. 

Atin tertengok countdown dekat blog atin tu. cepatnya masa berlalu.. Sebulan lebeh lagi Majlis Atin akan berlangsung. Tibe-tibe perasaan gementar terasa. Bulan depan dah, waktu yg Atin tunggu. Takot, gelisah, tak sabar, gembira sumenye bercampur aduk. Ya Allah, Dikau permudahkan jalan bagi kami, dan Dikau panjangkan jodoh kami dan redhailah kami. 

Persiapan setakat ni Alhamdulillah.. Hampir 70% dah siap. Sume barang dah ade, cuma tinggal untuk siapkan bagi cantek. Dapatla Atin berpuasa dengan tenang.. Walaupun selalu sedih bila teringatkan Arwah ayah xdapat tengok Atin kawen, Atin tetap perlu teruskan.. Atin tahu Ayah pon happy bile Atin happy. Semoga Arwah ditempatkan ditempat org-org yang beriman. Aamiin.. 

Kepada bakal-bakal b2b yang kehilangan ibu atau bapa sebelum melangsungkan perkahwinan terutama kawan Atin (Adillah) yang bapanya telah kembali ke rahmatullah pd hari ini jam 2 pagi tadi sebulan sebelum dia melangsungkan perkahwinan, diharap kita semua tabah menghadapi dugaan dari Allah S.W.T.. Dia Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat.
Salam


Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright by Lamaran Cintaku Atin