Waiting for you

Daisypath Wedding tickers
Selamat Datang dan selamat mencari ilmu di blog picisan hasil nukilan seorang gadis yang teruja menghitung hari-hari untuk bergelar seorang isteri~

Tuesday, April 3, 2012

Guest Book

Assalamualaikum w.b.t

Halloooooo~ Malam ni atin nak berbicara tentang Guestbook ataupun buku untuk tetamu. Guestbook ini mendapat sambutan yang menggalakkan untuk perkahwinan era ini. betol kan? apakah kelebihan Guestbook ni sedari? Guestbook ni digunakan adapun bukanlah untuk untuk menunjuk ataupun untuk sebagai hiasan semata-mata. ianya digunakan adalah untuk memberikan ruang kepada tetamu utk memberi sepatah dua kata komen kepada pasangan mempelai. iyelah, waktu majlis, pengantin memang tak dapat nak beramah mesra dengan semua tetamu yg hadir, jadi Guestbook ni dapat memcatatkan memori tetamu yg berada di majlis tersebut dan pengantin pon dapatlah jadikan Guestbook ni sebagai memori di hari perkahwinan mereka. cewah, ayat nak macam artikel majalah kan..

eh, kenapa tetibe je, xde ribut xde salji atin ni duk bercakap pasal Guesbook plak. padahal persiapan yang lain yang lebih penting xsiap pon lg..kihkih..sebenarnya kan, atin berangan nak DIY Guestbook dan Guestbook corner di majlis atin ni. tapi atin terfikir banyak kali, umah atin kat kampung dan sah2 lah majlis kt kg kan. dan Guestbook bukanlah adat kami. jadi, atin risau Guestbook atin ni mendapat sambutan ke nanti? atau atin kena kritik semata-mata kerana Guestbook ni? haih.. korang rase mcm mane ek? hurmmmm... en.tunang ckp ok jer, nti kalo benda dah ade org mesti drop komen kt Guestbook tu...betol ke ni?

tadi, dalam membeli keperluan harian di Giant, atin ade lah terbeli board yang amat comel utk dijadikan diletakkan sebagai Guestbook signage.. dan atin akan DIY sikit2 bagi lg comelssss...wah gitu.. dan  Guestbook itu sendiri atin xde idea lagi. maybe akan DIY atau beli aje dgn org yg kreatif. geram tengok org2 yg amat kreatif. setiap sentuhan dorg ni menjadi je. kenapa sentuhan atin xde keajaiban ek..mmg xkreatif. sebab tulah, terfikir nak beli je. tup-tup tgh duk tanya mr.google, atin pon terjumpa satu blog yg tuan die sangatlah kreatif... 

shareyourlovewithcards
sneakpeek one of the guestbook

amacam, cantek kan? tu baru satu tau..huhu..tapi harganya atin xtau la brape. baru jer tengah tanya die. kalau within my budget, atin akan consider utk beli dr die. kalo tak, DIY aje. wat cantek2 walaupun atin tau xkan secantik mcm kat atas, tp at least sedapla mata memandang kan. dan yg penting, tetamu tertarik hati utk drop comments dalam buku tu..kan kan?

oklah, apa pendapat korang ek tentang guestbook ni? need ur opinion..sehingga berjumpa lagi..

Annyeong


Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright by Lamaran Cintaku Atin