Assalamualaikum w.b.t
Selamat sejahtera diucapkan untuk warga b2b dan ex b2b.. bagaimana dengan persiapan kamu menjelang hari bahagia xlama lagi? yang dah selesai majlis, legalah kan.. permulalah alam rumahtangga.. elok-elok jaga suami ok? Minggu lepas, Atin dah settlekan ujian HIV dan telah hantar borang nikah kat umah tok kadi@tok imam. Banyak jgk dokumen2 yg kena setllekan before leh submit kt tok kadi.. utk pengetahuan, tok kadi @ tok imam kt kg Atin akan kumpulkan borang2 nikah dan dia yang akan submit ke pejabat agama daerah.
Pengalaman berurusan di Klinik Kesihatan
Memandangkan klinik hanyalah sekangkang kera je dgn rumah atin, jadinye kami xdelah terburu-buru sangat untuk ke klinik ni dan prosedur klinik di kg berbeza dengan klinik di bandar kerana klinik di bandar lebih sibuk dan perlu untuk buat appointment dahulu sebelum nak pegi buat test. sampai sahaja diklinik dengan ditemani oleh mak, en.tunang dan adek, atin pon ke bahagian pendaftaran dan membayar seringgit dengan mengisi borang yang diberi oleh nurse. nurse tu kawan mak atin.hehe... jadi disini, atin ade 2 borang yg perlu diisi dan dicop oleh doktor @ pegawai perubatan. 1 borang drpd pejabat agama dan 1 borang drpd klinik. selepas itu, atin menunggu giliran untuk berjumpa dgn doktor. apabila berjumpa dgn doktor, mmg dia dah agak atin dtg utk buat pemeriksaan HIV dan dia suggest untuk buat ujian Thalasemia sekali. Pastu bermulalah sesi pengambilan darah, banyak jgk darah yg die ambek.. ish ish.. sakitla sikit mcm kena gigit semut.. Alhamdulillah sumenye normal cuma waktu atin ade sedikit demam (banyak sgt makan daging kambing).. Settle lah sudah bab HIV test.
Pengalaman beurusan dengan tok kadi @ tok imam
Untuk pengetahuan korang, borang permohonan nikah bagi ngr Terengganu yg diambil drpd Pejabat Agama Daerah dgn bayaran seringgit adalah dalam tulisan jawi. Bayangkanlah, bila dah lama x membaca tulisan jawi, maka maksud yang disampaikan tu lambat dan ada lah atin salah tulis. huhuhu.. apalagi, bila tok kadi tengok je borang atin yg comot dengan tanda cancelnye, die kutuk atin..waaaaaa... dah lah nadanye siyes je.. rase mau menangis je.. rase mcm tgh jumpa cikgu disiplin.. tambah2, ic abg ipar sbagai saksi plak xade.. lglah kena dgn tok kadi..mak pulak duk kat dapur borak dgn isteri tok kadi, tinggal atin dgn en.tunang dgn tok kadi. bila dah terangkan elok-elok, tok kadi tu ok je.. atin je yg gelabah terlebih.. Alamdulillah, tok kadi @ tok imam sangat membantu dan xdelah terlalu strict sgt.. sekali je terus settle.. Harap2 xlah direject, nti haru plak jadinye..yelah, tinggal lagi sebulan 3 minggu lg.. tp laen tmpat laen caranya taw.. Lebih baek tanya org2 yg dah berpengalaman di tempat masing2 untuk lebih memudahkan kerja dan ingt jgn buat kerja last minit, sbb dokumen-dokumen nikah ni kena hntar seelok-eloknye 2-3 bulan sbelum nikah, tp sbulan sebelum pon boleh je..hehehe..yaay! da leh kawen..
Dokumen yang perlu disediakan
1. Bagi yang lelaki berlainan negeri, borang dr pengantin lelaki yg telah lengkap dengan kebenaran dr penolong pendaftar hendaklah dilampirkan sekali dan haruslah membuat salinan untuk disimpan.
2. Kad Pengenalan / IC (2 salinan)
- Pengantin perempuan
- Pengantin lelaki
- Wali
- 2 org saksi
3. Borang Pengesahan belum berkahwin ( Atin ambik dr JKKK kampung)
4. Bagi yang kehilangan bapa, perlukan sijil mati asal dan salinan
5. Sijil kursus perkahwinan asal dan salinan
6. Borang HIV test yang telah disahkan oleh doktor
7. Sekeping gambar passport (pengantin perempuan & lelaki). Yg lelaki hendaklah memakai songkok dan perempuan bertudung dengan latar belakang biru.
7. Sekeping gambar passport (pengantin perempuan & lelaki). Yg lelaki hendaklah memakai songkok dan perempuan bertudung dengan latar belakang biru.
Itu sajelah yang perlu disediakan.. Pastikan salinan dibuat dan disimpan.. Selamat maju jaya..hehe..=)
No comments:
Post a Comment