Waiting for you

Daisypath Wedding tickers
Selamat Datang dan selamat mencari ilmu di blog picisan hasil nukilan seorang gadis yang teruja menghitung hari-hari untuk bergelar seorang isteri~

Thursday, September 13, 2012

I`m Married... Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t

Tiada kata yang mampu diungkapkan melainkan rasa syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Illahi. Kehidupan sempurna dengan hadirnya seorang insan yang bergelar suami. Melalui hari-hari yang mendatang dengan adanya insan yang sangat istimewa disisi membuatkanku lebih bahagia. 

Buat suamiku,

Terima Kasih kerana sudi menjadikanku suri hidupmu,
Terima Kasih kerana menjadikanku layak berada disamping mu,
Bimbinglah aku menjadi hamba Allah yang bertakwa, anak yang solehah, isteri yang solehah, menantu yang solehah,
Usah biarkan aku lalai dengan dunia tanpa bimbinganmu,
Ku berdoa agar jodoh kita akan kekal hingga ke Syurga,
Aamiin...





Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright by Lamaran Cintaku Atin