Waiting for you

Daisypath Wedding tickers
Selamat Datang dan selamat mencari ilmu di blog picisan hasil nukilan seorang gadis yang teruja menghitung hari-hari untuk bergelar seorang isteri~

Sunday, June 24, 2012

Kad Kahwin in progress!

Assalamualaikum w.b.t

Hai rakan-rakan b2b. skrg da nak masuk bulan 7, dah ramai rakan-rakan yang bertukar status dr cik sri ke puan sri ye. kami yg kawen lewat2 tahun terpaksalah menggigit kuku jari tengok gambar kawen korang yg meletops kebabom tu. Alhamdulillah sume majlis rakan-rakan berjalan lancar tp jgnlah lupa doakan kenduri kami pon berjalan dengan lancar ye?

Atin kan lame giller x update blog terchenta ni, disebabkan wireless kat kolej ni semput dalam masa dua minggu yg lepas. tp atin xupdate berminggu-minggu da kan... jadi alasan wireless tu adelah tidak boleh diguna pakai.. haha.. alasan utama nya adalah kebermaharajalan kesifatan kemalasan... adush,  yelah bila idea yang bernas tidak dapat dihasilkan, rasa cam sia-sia je update blog, jadinye tnggu jelah idea datang dlu. untuk kali ni, atin nak berkongsi tentang kad kawen atin. for your information, kad atin da hantar untuk printing, dalam pertengahan bulan 7 dijangka akan siap sepenuhnya..aaaaahhhhh, cant wait seriously.. im so excited waiting for our card. 

Atin tempah kad kawen ni masa atin pegi Karnival Perkahwinan di Jusco AU2 Setiawangsa. nama company yg atin tempah tu adalah Vision Greetings. die ade banyak cawangan di semenanjung Malaysia seperti di Sungai Buloh, Bangi, Pertama kompleks, Ampang, Kepong, Shah Alam dan Pudu. dengan pakej 0.70 sen skeping, kami dpt free 2 bunting. atin pilih kad kawen yang biase-biase saje, kena dengan bajet dan x melebih-lebih, yelah kami pon pengantin bajet dan tiada siapa yg hendak mensponsor perkahwinan kami, ajdi haruslah membajet. Atin harap perkhidmatan dr company ni baik dan berpuas hati dengan hasilnya. InsyaAllah.. 

Ni copy muka depannya..simple jekan..hehe.. tp ni hanyalah ilusi optik..wakaka...  simple punya kad aje atin wat, tp kami dua-dua mencapai persetujuan dengan kad ini.. yang penting isi dalam tu dan nama yg tertera..hehehe.

Pelbagai pilihan dalam kita menghasilkan kad kawen ni dan pelbagai vendor jugak yang menceburi bidang ni jadi apa yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan kad ni? tau bajet kita berapa dan jangan terlampau spend to much money kepada kad kerana tujuan kad itu adalah untuk mewar-warkan dan untuk menjemput tetamu ke majlis kita, bukanlah untuk dijadikan suatu platform untuk riak dan menunjuk-nunjuk. eh, atin letak gmbar kat atas tu bukan utk menunjuk-nunjuk ye, saje atin letak sebagai contoh...ececeh.. kita tunggu hasilnya mcm mana ye. lepas dah dapat kas, bolehla wat RSVP kt book utk jemput rakan-rakan semua. InsyaAllah semoga dipermudahkan jalan bagi Allah untuk kami mendirikan tumah tangga. Aaamiiin. =)

Pastikan sebelum proceed kepada printing, maklumat serta peta dalam kad itu di periksa dengan teliti supaya tiada kesalahan pada kad tu. Jangan bergantung kpd tunang utk pastikannya, kita sendiri kena teliti dengan maklumat utk kad kahwen kita. kalo boleh 2 bulan sebelum majlis, kad kawen sudah dalam proses ataupon sudah siap untuk mengelak kelam kabut.. Percayalah, bila dah dekat dengan majlis, perasaan cemas dan cuak akan berleluasa dalam diri.. jadi selesaikan yang boleh diselesaikan lebih awal, InsyaAllah persediaan menjelang hari bahagia akan lebih mudah... oklah, sampai disini dulu, Annyeong!

Hidup Aku Bersama Cinta dan Kasih Sayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright by Lamaran Cintaku Atin